Search This Blog

Thursday, 10 March 2011

Mengapa Berat Untuk Solat

Mengapa Berat Untuk Solat

 




Rata-rata umat Islam tahu bahawa solat itu tiang agama. Siapa yang mendirikan solat, dia sebenarnya telah mendirikan agama. Siapa yang meruntuhkan solat, dia telah meruntuhkan agama. Mereka juga tahu, yang membezakan di antara orang kafir dan orang Islam itu ialah solat.

Namun masih ramai umat Islam yang tidak menunaikan solat lima waktu. Masih ramai yang tidak menunaikan solat. Bukan sahaja orang muda tetapi juga orang tua. Bukan sahaja orang miskin tetapi juga orang kaya. Bukan sahaja di kalangan orang2 bawahan tetapi juga orang2 atasan. Bukan hanya dari kalangan orang2 tidak berpelajaran tetapi juga yang berpelajaran tinggi. Bukan sahaja dari kaum pekerja atau buruh tetapi juga dari para eksekutif dan pengurusan. Bukan sahaja di kalangan rakyat tetapi juga pemimpin. Bukan sahaja lelaki, tetapi juga perempuan.

Menjadi kafir kerana tidak solat tidak dirasakan sebagai suatu ancaman. Meruntuhkan agama kerana tidak solat juga tidak dirasakan besar. Malahan, ancaman seksa Neraka yang begitu perit, hebat dan dahsyat pun umat Islam tidak rasa gerun dan takut. Apakah puncanya umat Islam jadi begini?

Jika ditanya pendapat orang, maka akan timbullah berbagai-bagai sebab dan alasan. Lemah iman lah. Kurang ilmu agamalah. Tidak ada asas agamalah. Kurang didikan agamalah. Kerana pengaruh liar seperti rock, black metal, dadah dan sebagainya. Kerana ibu ayah sibuk mengejar dunia dan tidak mengambil berat serta tidak ada masa untuk anak-anak. Kerana tidak ada kasih-sayang dari ibu bapa dan keluarga. Kerana sibuk dengan urusan, kerja, tugas, perniagaan dan bermacam-macam lagi alasan.

Mungkin alasan-alasan ini boleh diterima tetapi ia lebih merupakan alasan-alasan sampingan. Ada sebab dan alasan yang lebih pokok dari itu iaitu rata-rata umat Islam sudah tidak kenal Tuhan. Umat Islam berat menunaikan solat kerana mereka tidak kenal Tuhan. Apabila Tuhan tidak dikenali, maka umat Islam tidak cinta dan tidak takut dengan
Tuhan. Apabila cinta dan takut tidak ada, maka tidak wujud hubungan hati dengan Tuhan.

Hati yang tidak terhubung dengan Tuhan tidak ada apa-apa rasa. Tidak ada keinsafan. Tidak ada kesedaran. Tidak ada rasa bahawa Tuhan itu diperlukan. Bahawa Tuhan itu Maha Hebat dan Maha Agung. Tidak ada rasa bahawa kita manusia begitu kerdil dan lemah di sisi Tuhan. Walhal hati itu adalah wakil Tuhan pada diri kita, tempat kita berzikir dan
berhubung rasa dengan Tuhan. Dalam erti kata yang lain, kalau hati tidak terhubung dengan Tuhan, kita tidak akan khusyuk dengan Tuhan.

Itulah sebabnya konsep pendidikan Islam bermula dari apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW:

Maksudnya: Awal-awal agama mengenal Allah.

Setelah Allah dikenali, dicintai dan ditakuti, maka kita akan suka mengamalkan syariat. Kita akan suka bersolat. Kita akan suka membuat perkara yang Tuhan suka. Kita akan suka menggembirakan Tuhan. Kita akan khusyuk dengan Tuhan. Akan timbullah keinginan untuk menyembah dan membesarkan- Nya dan untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Barulah datang keinginan untuk bersolat kerana solat itu ialah upacara untuk membesar dan mengagungkan Tuhan. Jika Tuhan tidak dirasakan besar dan agung maka kita tidak akan terdorong untuk solat. Solat tidak akan ada apa-apa makna.






Yang menjadi masalah, umat Islam sudah tidak dididik mengikut konsep pendidikan Islam ini lagi. Mereka tidak dikenalkan kepada Tuhan terlebih dahulu. Mereka dikenalkan kepada dunia dan apabila sudah tua atau dewasa, barulah hendak berusaha untuk mengenal Tuhan. Itu pun hanya bagi orang yang sedar dan yang mendapat hidayah.

Jika setiap anak dididik dari kecil untuk mengenal Tuhan, maka semua akan jadi mudah. Dari kecil lagi anak-anak sudah kenal, cinta dan takut dengan Tuhan. Dari kecil lagi mereka sudah merasa khusyuk dengan Tuhan. Orang yang khusyuk dengan Tuhan akan mudah bersolat. Tuhan ada berfirman:

Maksudnya: Jadikanlah sabar dan solat itu sebagai penolongmu. Sesungguhnya solat itu berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.
(Al-Baqarah: Ayat 45)

Jika sudah tua dan dewasa baru hendak mengenal Tuhan, ia seperti anak angkat yang sudah tua mahu diperkenalkan oleh ibu angkatnya kepada ibu kandungnya sendiri. Memang dia akan menerima hakikat bahawa ibu kandungnya itu memang benar ibu kandungnya. Tetapi untuk hidup dengan ibu kandungnya atau untuk berpindah dari rumah ibu angkat untuk tinggal bersama-sama ibu kandungnya, itu amat suit sekali. Dia tidak akan mahu. Cintanya telah tertumpah kepada ibu angkatnya kerana ibu angkatnyalah yang telah banyak mencurahkan kasih sayang padanya. Begitu jugalah orang
yang telah meninggalkan Tuhannya untuk bermewah di dunia. Dunia seperti ibu angkatnya. Memang sukar untuk kembali kepada Tuhan yang menciptanya.

Tidak hairanlah mengapa umat Islam tidak terdorong untuk bersolat. Umat Islam tidak teringin untuk membesar dan mengagungkan Tuhan. Untuk memuliakan, meninggikan dan mengabdikan diri kepada Tuhan. Mereka mungkin tahu dan percaya adanya Tuhan tetapi mereka tidak merasakan bahawa Tuhan itu benar-benar wujud. Mereka juga tidak merasakan yang diri mereka itu hamba kepada Tuhan. Inilah masaalahnya jika Tuhan tidak dikenali.

Hanya tahu dan percaya sahaja tidak cukup untuk menjadi aqidah dan pegangan. Ia tidak cukup untuk mendorong seseorang itu bertindak dan beramal. Ia tidak boleh menimbulkan sesuatu komitmen atau azam yang kuat.

Tahu dan percaya Tuhan itu adalah dengan akal. Tetapi mengenal Tuhan itu adalah dengan hati. Orang yang tahu dan ada ilmu tentang Tuhan dikatakan orang yang Aalimbillah. Orang yang kenal Tuhan itu dikatakan orang yang
Aarifbillah. Orang yang kenal Tuhan atau orang Aarifbillah itu, mereka kenal Tuhan dengan hati. Mereka ada rasa-rasa bertuhan dalam hati mereka. Mereka juga ada rasa-rasa kehambaan. Mereka itu orang-orang yang khusyuk. Orang yang setakat Aalimbillah tidak ada rasa apa-apa.

Mari kita lihat bagaimana Rasulullah SAW mendidik para sahabat. Selama 13 tahun di Makkah, Rasulullah tidak mengajar para sahabat selain dari mengenal Tuhan. Tidak ada hukum-hakam lain yang diajar. Solat pun belum diwajibkan.

Rasulullah mengajar para sahabat tentang Tuhan sehingga mereka benar-benar kenal, cinta, takut dan sangat-sangat rindu dengan Tuhan. Mereka seperti orang lapar yang tidak dapat makan. Mereka seperti orang dahaga yang tidak dapat minum. Rindu mereka meluap-luap terhadap Tuhan. Mereka mabuk cinta dan mabuk rindu dengan Tuhan.

Hanya pada tahun yang kesebelas baru berlaku peristiwa Israk Mikraj. Ketika itu baru diturunkan perintah solat. Apabila para sahabat mendapat perintah solat, ia ibarat orang dahaga diberikan air. Ibarat orang lapar diberikan roti. Dalam solatlah para sahabat melepaskan rindu-dendam mereka pada Tuhan. Mereka berdailog, mengadu, memuja dan memuji Tuhan. Dalam solatlah mereka bermanja-manja dengan Tuhan.

Solat adalah satu hadiah yang paling besar dan berharga bagi para sahabat. Satu perkara yang ditunggu-tunggu dan diidam-idamkan. Dengan solatlah dapat mereka meluahkan segala perasaan dan isi hati mereka kepada Tuhan yang mereka tanggung selama ini. Solat bagi mereka adalah satu nikmat yang tidak terhingga nilainya. Sebab itu kita lihat, sahabat yang paling malas pun, solat mereka seratus rakaat sehari semalam.

Para sahabat mencintai solat kerana sebelum datang perintah solat pun, mereka sudah kenal, cinta, rindu dan takut dengan Tuhan. Inilah yang tidak ada pada kita. Kita tidak kenal, jauh sekali cinta, rindu dan takut dengan Tuhan. Kerana itulah solat tidak menjadi buah hati kita. Kerana itulah kita tidak terdorong untuk bersolat. Kerana itulah solat kita tidak manis dan kita tidak mendapat kepuasan dalam solat. Solat bagi kita adalah sesuatu yang sangat susah dan berat. Sangat meletih dan menjemukan. Bagi para sahabat, bertemu Tuhan seperti  hendak bertemu kekasih. Tidak sabar-sabar ingin bertemu. Bagi kita, bertemu Tuhan seperti hendak bertemu orang yang kita tidak kenal. Jika tidak jadi bertemu pun tidak rasa rugi apa-apa.

Seperkara lagi mengapa kita merasa berat untuk berssolat ialah kerana kita tidak tahu dan tidak faham sebab dan hikmah mengapa Tuhan mewajibkan kita bersolat. Kita tahu, jika semua manusia bersolat pun, Tuhan tidak untung apa-apa. Jika semua manusia tidak mahu bersolat pun, Tuhan tidak rugi apa-apa. Tidak akan bertambah atau berkurang kemuliaan Tuhan. Sifat Tuhan itu sudah sedia sempurna.Tetapi kenapa Tuhan mewajibkan juga kita bersolat.






Kita diperintah bersolat kerana dengan solatlah dapat kita melahirkan rasa-rasa kehambaan di hati kita. Rasarasa kehambaan ialah rasa hina, berdosa, bersalah dengan Tuhan, rasa kerdil, lemah, cemas, gementar, takut, bimbang, rasa malu, rendah diri, berharap dan sebagainya. Rasa-rasa kehambaan inilah yang dapat membantu kita menjadi orang yang baik. Rasa-rasa kehambaan ini boleh memusnah dan membakar sifat-sifat mazmumah atau sifat-sifat keji yang bersarang di hati kita seperti sombong, hasad dengki, tamak, pemarah, bakhil, ujub, jahat sangka, berdendam, memfitnah, mengumpat, menghina dan lain-lain lagi. Jika rasa-rasa kehambaan tidak ada di dalam hati, maka hati kita akan dipenuhi dengan sifat-sifat mazmumah.

Sifat-sifat mazmumah ini sangat merosakkan. Ia racun dalam kehidupan manusia dan masyarakat. Apabila hati-hati manusia dipenuhi dengan sifat-sifat mazmumah, manusia akan berkrisis, bergaduh, bertengkar, jatuh-menjatuh, bunuh-membunuh dan berperangan sesama sendiri.

Jika hati2 manusia dipenuhi dengan segala sifat mazmumah, maka rosaklah kehidupan manusia. Binasalah dunia. Hilang kasih sayang. Roboh perpaduan. Hilang kebahagiaan dan keharmonian. Terseksalah hidup manusia. Solatlah yang dapat membuatkan manusia menjadi baik, dapat melahirkan rasa-rasa kehambaan. Rasa-rasa kehambaan inilah yang akan melenyapkan sifat-sifat mazmumah dari hati kita. Jika kita rasa hina, lemah dan kerdil di hadapan Tuhan, mana mungkin pada waktu yang sama kita akan merasa sombong dan angkuh dengan orang lain. Jika kita merasa bersalah dan berdosa dengan Tuhan, mana mungkin kita akan nampak salah dan dosa orang lain.

Rasa-rasa kehambaan ini secara otomatis akan melahirkan pula rasa-rasa bertuhan. Iaitu rasa-rasa bahawa Tuhan itu Maha Hebat, Maha Agung, Maha Perkasa, Maha Kaya dan sebagainya. Rasa-rasa bertuhan ini akan menyubur
dan menajamkan sifat-sifat mahmudah atau sifat-sifat terpuji di hati kita. Akan tumbuh dan segarlah sifat-sifat pemurah, pemaaf, tolong-menolong, bantu-membantu, bertolak-ansur, bertimbang-rasa, berkasih sayang, bertoleransi, mesra, lemah lembut, lapang dada, suka mendahulukan orang lain dan sebagainya di hati kita.

Inilah di antara sebab mengapa Tuhan menyuruh kita bersolat. Supaya manusia dapat hidup dengan aman, damai dan harmoni. Bila sifat-sifat mazmumah ada di hati kita, kita akan berwatak dengan watak syaitan. Tetapi bila sifat-sifat mahmudah menghiasi hati kita, maka terbinalah insan kita. Kita akan berwatak dengan watak malaikat.

Hidup manusia di muka bumi akan menjadi tenang, aman dan damai dan penuh dengan kasih sayang dan harmoni. Hidup di dunia akan menjadi begitu indah dan bahagia. Itulah bayangan keindahan hidup di Syurga Jannatun Naim, hasil dari kita mendirikan solat.



halaqah.net

Apa yang perlu ditukar masa servis kereta


 

1_animated_car_on_a_lift.gif
1. minyak hitam yg bukan sintetik tu, setiap 5,000km atau 3 bulan whichever is earlier. Kalu yg sintetik, mungkin 7,500km atau 10,000km.<setuju>

2. filter - sama seperti minyak enjin 5000km untuk minyak mineral biasa dan 7500km - 10000 km untuk minyak synthetic. Dalam ertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter)

3. spark plug - 20,000 km ikut schedule maintenance book! Tapi kau boleh pakai sampai 30k-40k takde hal...benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar aje...Harga sekitar Rm20-25 untuk 4 biji...

4. bateri kereta - 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan...kalau kita selalu topup airsuling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun...kalau selalu lupa topup dan selalu kering...6 bulan pun bateri boleh kong! Free maintenance battery lain pulak ceritanya...tak payah top up air , harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu...so , beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai...BOSCH, CENTURY...tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok! Aku ada kawan dekat Puchong keje kat warehouse distribute battery ke kedai kedai spareparts...dia yang bagitahu ilmu kat aku camner nak kenal bateri baik dengan yang tak baik! Bateri yg baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik ( compare bateri tersebut dalam kategori yang sama..kalau NS50 tu kau kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau NS40L..begitu la citernya!

5. timing belt - 60,000km untuk kereta proton wira,saga. WAJA bole tahan sampai 90,000km dan Honda CRV tahan sampai160,000km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, depa sampai aje 60,000km terus tukar tak kira la dia pakai apa keretapun! Mekanik sengeh aje la, buat apa tolak rezeki!

6.clutch plat - clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman aku, aku hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping" berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yang susah nak terangkan,sebab tu mereka kata 100,000km...tukar clutch!

7.Fuel Filter - tukar aje la sekitar 40,000km sekali. Benda ni pun murah RM15-20 je.

8.Air Filter atau Filter Udara - yang ni di tukar setiap 20,000km....tapipada mereka yang tukar kepada K&N type...benda ni tak payah tukar,tapi mampu dibersihkan.

9.ATF - Automatic Transmission Fluid. Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000km tukar. Tapi boleh la extend hingga 30,000km kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar...jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre.Ini membazir untuk kita...tapi bukan pada pihak yang bikin servis. Cajsekitar RM200 ++. Kalau kau selalu tukar ATF, hanya tukar biasaaje....yang budget kurang dari RM100...ikut saiz kereta anda!

10.Gear Oil - untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakai ATF, sebaliknya pakai Gear Oil. Benda ni boleh la tukar 60,000km sekali.

11.Brake Fluid dan Power Steering Fluid - Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km. Aku sendiri tak buat....sebab aku malas! Lagipun aku tahu sedikit sebanyak pasal mekanikal, bila ada kuar simptom, barulah aku tukar!he he...jangan ikut saya ya!

12.Radiator Coolant -sebotol RM8-RM15... selalunya warna hijau! 60,000km boleh la tukar sekali!!! Kalau air radiator korang warna clear aje...maknanya air paip biasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!

13.Air-Cond Belt/ Alternator Belt - Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian "ribs"nya dah ada"crack-crack" yang halus...maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini.

Akhir sekali, ingin aku ingatkan maintenance schedule yang ikut "km" atau masa"3 bulan" "6 bulan" dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan atau omputih kata "preventive maintenance". Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar...preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang!

Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alatganti tu perlu ditukar. Ianya boleh juga menjadi suatu pembaziran....

Contohnya- kalau kita buta-buta ikut apa yg disyorkan oleh pembuat alatganti. Contohnya "shock absorber".. perlu diganti setiap 20,000km....! Tentu kita tidak mampu mengikutnya! Okies..bye

*********
Mengikut pengalaman aku yg dah lebih 10tahun membuat DIY service kereta:-  

Minyak hitam mineral utk 5000km/3 bulan, minyak semi-sintetik utk 10,000km/6 bulan, minyak fully sintetik utk 15-20,000km/ 1 tahun.

Kalau boleh elakkan beli minyak hitam di kedai spare part sebab byk minyak cap ayam. Botol mungkin ada cap castrol, shell, petronas, eneos, etc,etc tp dlm mungkin minyak murah made in china. Dlm satu hari ada berapa ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel. Sesiapa sahaja boleh ambik botol-botol ini dan refil dan bubuh seal baru. Elok beli minyak di stesen minyak - confirmed genuine. Unless kalau betul2 yakin dgn kedai spare part yg kita beli tu.

Minyak gear manual ditukar setiap 40,000km utk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km utk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus utk kereta lama - bubuh gearbox treatment.

Minyak gear ATF - ditukar setiap 20,000km. Sama mcm dia atas. Flush? kalau dlm buku takde kata - maka tidak perlu. Air filter pun sama - 20,000km.

Coolant - tukar tiap-tiap 20,000km. Nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dgn syarat guna air suling or RO water.

Timing belt - ditukar setiap 80,000km. Tapi aku pernah stretch sampai 110,000km (wira 1.6xli) tanpa masalah sebab aku guna timing ori mitsubishi dan aku suka inspect timing belt. Merekah takde, gigi still elok - tak perlu tukar.

Aircond belt, altrnator belt, power steering belt - tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak crack.

Water pump - ditukar apabila menukar timing belt utk kali ke-2. Let's say kita tukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila kita menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali, tiada extra labor charge.

Spark plug - every 20,000km. Atau selagi plastik kat tgh tu masih putih dan tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak - engine dah agak uzur dan kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus i.e. minyak hitam terbakar. BTW, ini bukan service biasa. Dah kira major work jugak.

Head gasket - tukar apabila minyak leaking kat area tu. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Org panggil nie top-overhaul. Biasanya top overhaul tidak diperlukan dek kereta bawah 7 tahun atau 200,000km. Tp ada gak yg 7-80,000km/kurang 5 tahun dah kena top overhaul sebab suka lenjan engine. Dok main red line manjang. Ini pun major work la jugak skit.

Brake pad - tukar bila haus atau bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake - pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya double.



Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yg lain.

pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yg di letak di dalam blok enjin...erm..takmo citer panjang2 lah.

secara standardnya pertukaran timing belt pada setiap 100,000km ikut ketetapan pengeluar jepun. tetapi jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timing belt yg dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass. maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara -90,000km.

bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, kita perlu menukar lebih awal. maybe 60,000km. sy tak begitu pasti.

sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt pada jarak hanya 30,000km bagi semua enjin straight 4 twin spark dan juga enjin V6 bagi model sblm thn 1999. masa aku keja di alfa romeo thn 96 dulu, ada juga pemilik yg kerek dan cakap timing belt boleh tahan sampai 100,000km. tak perlu tukar pada 30,000km.

then, keta dia kena tarik masuk sebab timing belt putus dan enjin kena overhaul. bacaan odometer ketika itu = 35,000km.

maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi service dan penyelenggaraan pengeluar.

banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sbg ganti kepada timing belt. ini termasuk Nissan, Honda dan Toyota.

Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya iaitu

Camry ACV30 - enjin 2AZ-FE 2000cc
Corolla Altis ZZE121 - enjin 1ZZ-FE 1600cc
Vios NZE10 - enjin 1NZ-FE 1500cc

model seperti CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC. ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar.

sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih spt sedia kala.

 

Kebenaran, Kebaikan, Kegunaan

 Di Yunani kuno, Socrates terkenal memiliki pengetahuan yang tinggi dan sangat terhormat.

Suatu hari seorang kenalannya bertemu denga filsuf besar itu dan berkata, "Tahukah Anda apa yang saya dengar tentang teman Anda?"

"Tunggu sebentar," Socrates menjawab. "Sebelum Anda menceritakan apapun pada saya, saya akan memberikan suatu test sederhana yang disebut Triple Filter Test.

Filter petama adalah KEBENARAN.

"Apakah Anda yakin bahwa apa yang akan Anda katakan pada saya itu benar?"

"Tidak," jawab orang itu, "Sebenarnya saya HANYA MENDENGAR tentang itu."

"Baik," kata Socrates. "Jadi Anda tidak yakin itu benar. Baiklah sekarang saya berikan filter yang kedua.

Filter ke 2, KEBAIKAN.

Apakah yang akan Anda katakan tentang teman saya itu sesuatu yang baik?"

"Tidak, malah sebaliknya..."

"Jadi," Socrates melanjutkan, "Anda akan menceritakan sesuatu yang buruk tentang dia, tetapi Anda dan anda tidak yakin apakah itu benar. Anda masih
memiliki satu kesempatan lagi, masih ada satu filter lagi, yaitu filter ke 3.

Filter ke 3, KEGUNAAN.

Apakah yang akan Anda katakan pada saya tentang teman saya itu berguna bagi saya?"

"Tidak, sama sekali tidak."

"Jadi," Socrates menyimpulkannya, "bila Anda ingin menceritakan sesuatu yang belum tentu benar, bukan tentang kebaikan,dan bahkan tidak berguna, mengapa Anda harus menceritakan itu kepada saya?"

Itulah mengapa Socrates dianggap filsuf besar dan sangat terhormat.

Kawan-kawan, gunakan triple filter test setiap kali Anda mendengar sesuatu tentang kawan anda. Jika bukan KEBENARAN, bukan KEBAIKAN, dan tidak ada KEGUNAAN positif, tidak perlu anda terima. Dan apabila anda terlanjur mendengarnya, jangan sampaikan, dan jangan menyakiti hati orang lain..
Have a nice day....Barakallah Fiikum :)

Pramono Dewo

free business card

Kepada orang2 bisnes, jom kita buat kad nama sendiri..
ada kad nama sendiri, senang customer nak hubungi kita balik. kad nama percuma kita sediakan.

kalau nak lain2, seme iklan bercetak pn kita buat. tp yang lain2 ni kna berbayar la kn. tp kita punya service paling murah la. takkan nyesal punya.